Notis Jualan Lelong Sisa Kenderaan Buruk Sitaan Penguatkuasaan di bawah Kesalahan Undang-Undang MBJB - 22 September 2024 (Ahad)

NOTIS JUALAN LELONG

Dengan ini dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Johor Bahru akan mengadakan JUALAN LELONG SISA kenderaan buruk sitaan penguatkuasaan yang tidak dituntut di bawah kesalahan undang-undang Majlis Bandaraya Johor Bahru  sebagaimana di bawah:

Tarikh: Ahad, 22 September 2024

Masa: Bermula jam 9.00 pagi (pendaftaran kehadiran pembida berdaftar bermula jam 8.00 pagi sehingga 9.00 pagi)

Tempat: Panggung Cempaka, Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru, No. 1, Jalan Lingkaran Dalam, Bukit Senyum 80300 Johor Bahru

Jenis: Lelongan Awam (Jualan Sisa)

Barang lelongan boleh dilihat sendiri pada 19 (Khamis) hingga 21 September 2024 (Sabtu) bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang di Kompleks Bengkel MBJB , Stor Sitaan Penguatkuasa, Jalan Mutiara Emas 6/6, Taman Mount Austin dalam waktu pejabat sahaja.

Sebarang maklumat lanjut boleh diperolehi melalui:

UNIT UNDANG-UNDANG (ARAS 9)
MENARA MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
TEL: 07-2198259

Notis Lelong

NOTA PENAFIAN :

Imej barangan yang terkandung di dalam maklumat ini adalah untuk tujuan paparan sahaja. Pembida bertanggungjawab untuk memeriksa barangan yang ditawarkan untuk lelongan. Kami mengesyorkan kepada pembeli / pembida untuk memperolehi maklumat lanjut di Kompleks Bengkel MBJB, Jalan Mutiara Emas 6/6, Taman Mount Austin pada 19 September hingga 21 September 2024 mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Pihak Majlis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kekeliruan yang mungkin timbul sebelum, semasa dan selepas lelongan.

Muat Turun Dokumen Lelong

BIL

DOKUMEN LELONG

1

NOTIS JUALAN LELONG

2


SENARAI LELONGAN DAN GAMBAR

3


SYARAT-SYARAT SEMASA LELONGAN

4

RINGKASAN CADANGAN LELONGAN