MENU

HUTAN BANDAR

 
Pengenalan

Hutan Bandar meliputi kawasan seluas 50 ekar yang terletak di pertemua Jalan Tasek Utara dan Jalan Yahya Awal, Johor Bahru iaitu kira-kira 1.5 km dari pusat bandar raya.

Konsep perancangan dan rekabentuk berteraskan struktur topografi, sumber air, flora dan fauna yang diadun dengan ruang-ruang aktiviti serta kemudahan secara bersepadu, mula diilhamkan pembangunannya sejak tahun 1987. Dengan mendapat bantuan kepakaran daripada Unit Penyelidikan dan Perundingan Universiti Teknologi Malaysia, suatu ciri pembangunan yang unik telah dilahirkan. Istimewanya kawasan rekreasi ini kerana mengekalkan rupabentuk asal dengan penebangan pokok dilakukan pada tahap yang paling minima. Hasilnya adalah sebuah kawasan persekitaran yang menghijau dengan nilai estetika serta pemandangan yang indah dan nyaman.

Dengan berkonsepkan 'Taman Rekreasi Keluarga' dalam suasana alam semulajadi yang nyaman, selesa dan harmoni, bertujuan untuk menyediakan kemudahan rekreasi dan riadah untuk pelbagai lapisan wargakota Johor Bahru.

Taman Rekreasi Awam Hutan Bandar Johor Bahru, telah dipilih sebagai salah satu destinasi dalam program Bandaraya Sejahtera yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation W.H.O), selain daripada Dewan Bandaraya Kuchin Utara Sarawak sejak tahun 1994.
 

Komponen Bangunan

Laman Tembusu
Laman Tembusu menempatkan bangunan pejabat jabatan Landskap MBJB yang bertanggungjawab untuk menguruskan kawasan rekreasi Hutan Bandar. Segala pertanyaan dan tempahan untuk penggunaan Hutan Bandar serta kemudahan-kemudahan di dalamnya boleh dibuat di pejabat ini.

Medan Selera
Medan Selera atau dikenali dengan nama Gerai Atap Belian mempunyai 16 unit gerai yang menyediakan aneka makanan dan minuman untuk para pengunjung. Sambil menjamu selera, para pengunjung dapat menikmati keindahan mendan selera yang dihiasi dengan rimbunan pokok-pokok yang menghijau serta menyegarkan suasana.

Laman Permainan Kanak-Kanak
Laman Permainan Kanak-kanak atau "Children Adventurous Park" menjadi daya tarikan utama. Pelbagai bentuk permainan yang menggerakkan minda dan fizikal disediakan untuk kanak-kanak hingga ke peringkat remaja. Kawasan rehat yang selesa dikhaskan untuk keluarga sambil memerhatikan gelagat anak-anak yang bermain sambil belajar dalam suasana yang selamat, selesa, ceria dan riang-ria.

Kawasan Tasik
Kawasan tasik merangkumi tujuh buah tasik yang saling berdekatan menjadi tumpuan apabila pertandingan memancing dijalankan samada oleh pihak MBJB atau penganjur-penganjur yang lain

Tapak Perkhemahan
Tapak perkhemahan pula menawarkan aktiviti atau kegiatan berkumpulan. Di sini disediakan kemudahan-kemudahan serperti chalet, bilik air, bilik persalinan, dewan ceramah, surau, tapak perkhemahan, "jungle tracking" dan BBQ. Bayaran yang dikenakan amat berpatutan.