KAJI SELIDIK BELANJAWAN JOHOR 2021 MULAI 31 OGOS 2020 - 30 SEPTEMBER 2020

KAJI SELIDIK BELANJAWAN JOHOR 2021 MULAI 31 OGOS 2020 - 30 SEPTEMBER 2020

Orang ramai dialu-alukan untuk mengambil bahagian dalam tinjauan Belanjawan Johor 2021 dengan melayari http://bit.do/BelanjawanJohor2021 yang dibuka mulai 31 Ogos 2020 hingga 30 September 2020.

Tinjauan ini adalah usaha Kerajaan Negeri Johor untuk mendapatkan serta memahami keutamaan rakyat dalam menghasilkan dan membentuk sebuah belanjawan yang mengambil kira kebajikan dan kemakmuran semua lapisan masyarakat.

Tujuh segmen diberi tumpuan, iaitu meningkatkan kesejahteraan rakyat, pembangunan modal insan dan peluang pekerjaan; pemerkasaan ekonomi (termasuk ekonomi digital) dan menarik pelaburan berimpak tinggi; transformasi tadbir urus kerajaan; kelestarian alam sekitar; penyediaan infrastruktur dan pengangkutan awam; pemerkasaan syiar Islam, warisan dan kebudayaan serta perpaduan dan keselamatan, pemerkasaan wanita dan belia.

Kesemua segmen ini dirangka untuk menghasilkan pelan perancangan jangka panjang bagi mendepani ketidaktentuan ekonomi global dan penularan wabak COVID-19.

Belanjawan Johor 2021 akan dibentangkan pada Persidangan Dewan Negeri Johor pada 19 November ini.

img