Sekitar Program Bicara Buku @ MBJB yang telah diadakan hari Isnin, 6 Mei 2024.
Pada bicara kali ini, 2 orang pegawai MBJB, iaitu Dr. Hajah Aslinda Binti Salikin, Pengarah Kesihatan, Jabatan Kesihatan MBJB dengan buku berjudul “ The Gift of Dyslexia“ dan digandingkan bersama Encik Mohd Syazwan Bin Abdul Rauf, Penolong Pengarah Korporat, Unit Korporat dan Perhubungan Awam MBJB, dengan buku berjudul "I Didn’t Get Where I Am”.
Moderator siri bicara buku kali ini dikendalikan oleh Puan Lar. Ezeti Fazriah Binti Kamarul Azman, Ketua Penolong Pengarah Landskap, Bahagian Perancangan dan Kawalan Landskap MBJB.
Untuk makluman semua, siri program Bicara Buku @ MBJB anjuran Perpustakaan Sultan Ismail ini akan diteruskan pada bulan-bulan akan datang dengan kupasan judul-judul buku yang lain yang juga akan disampaikan oleh para pegawai MBJB.