Ahad, 19 Mei 2024 | Sekitar lawatan delegasi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) ke Menara MBJB.
Lawatan kerja ini bertujuan perkongsian pengetahuan dan amalan terbaik berkaitan pengurusan pentadbiran dan sumber manusia di MBJB serta berkaitan Johor Bahru Integrated Operation Control Centre (JBIOCC).
Delegasi MBIP seramai 10 orang ini diketuai oleh Encik Azrullail bin Masijan, Pengarah Khidmat Pengurusan MBIP dan telah disambut oleh Tuan Haji Abdul Aziz bin Ithnin, Pengarah Khidmat Pengurusan MBJB serta para pegawai MBJB.
Semoga lawatan ini menambah nilai buat kedua-dua buah PBT untuk kebaikan warga bandar raya Johor Bahru.