KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA PELUPUSAN ASET ALIH - KAEDAH E-WASTE. TARIKH TUTUP 13 NOVEMBER 2022, JAM 12.00 TENGAHARI.

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA PELUPUSAN ASET ALIH - KAEDAH E-WASTE. TARIKH TUTUP SEBUTHARGA PADA 13 NOVEMBER 2022, JAM 12.00 TENGAHARI.

No. Sebut Harga: Bil 1/2022

 

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
PELUPUSAN ASET ALIH – KAEDAH E-WASTE

KEPADA YANG BERKENAAN
(Syarikat atau Orang Perseorangan),

1.

Tawaran adalah dipelawa dari syarikat atau orang perseorangan yang berminat untuk membeli aset seperti berikut:

BIL

KETERANGAN ASET

KUANTITI

2.1

Penghawa Dingin

72 unit

2.2

Kamera

34 unit

2.3

Peralatan ICT

270 unit

2.4

Lain-lain

113 unit

2.

Aset boleh dilihat pada 6hb. hingga 8hb. November 2022 di antara jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang di Bengkel MBJB, Jalan Mutiara Emas 6/6, Taman Mount Austin,81100 Johor Bahru.

3.

Tawaran sebut harga dibuat dengan menggunakan Borang Sebut Harga Pelupusan Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-25) yang boleh diperolehi di alamat seperti di atas. Tawaran hendaklah sah bagi tempoh 90 hari.

4.

Semua tawaran dengan maklumat yang lengkap hendaklah menggunakan sampul surat berlakri dan di tanda No. Sebut Harga Bil 1/2022 Pelupusan Aset Alih Kerajaan Kaedah E-waste dan dihantar melalui pos atau dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di alamat;

                                    PETI TAWARAN SEBUT HARGA
                                    Bahagian Ukur Bahan,
                                    Aras 6, Menara MBJB,
                                    No. 1, Jalan Lingkaran Dalam,
                                    Bukit Senyum,
                                    80300 Johor Bahru.

5.

Tarikh tutup sebut harga pada 13 November 2022, jam 12.00 tengahari. Sebut harga yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus di talian 07 2198165/2198169

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

HAJI ABDUL AZIZ BIN ITHNIN
Pengarah Khidmat Pengurusan
Majlis Bandaraya Johor Bahru

 

Muat Turun Fail