SILA AMBIL PERHATIAN, sempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke-67 pada 31 Ogos 2024 dan Hari Malaysia pada 16 September 2024, semua peniaga diminta memasang bendera Jalur Gemilang dan Negeri Johor dihadapan premis perniagaan masing-masing mulai 15 Ogos 2024 sehingga 17 September 2024. Cara pemasangan bendera adalah seperti di bawah ini.
Sehubungan itu, diminta agar tuan/puan memberikan kerjasama dengan memasang bendera tersebut dengan kadar SEGERA serta berpandukan pada peraturan pemasangan Jalur Gemilang yang dikeluarkan. Peraturan ini boleh dirujuk melalui Pekeliling Am Kerajaan Johor Bilangan 2 Tahun 2018 (Protokol Bendera Johor dan Bendera Daerah-Daerah Johor) yang boleh dimuat turun melalui pekeliling .