FUNGSI UMUM BAHAGIAN/JABATAN
- Melaksanakan tindakan penguatkuasaan berdasarkan undang undang Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), dan undang-undang kecil yang diguna pakai oleh MBJB.
- Menjalankan rondaan secara berkala di setiap zon Ahli Majlis berdasarkan jadual rondaan.
- Merancang dan melaksanakan pemeriksaan secara berkala keatas penjaja, gerai, premis perniagaan dan perindustrian dalam aspek penguatkuasaan.
- Mengeluarkan notis amaran dan tawaran kompaun yang bersalahan di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
- Melaksanakan tindakan sitaan keatas sebarang pelanggaran undang-undang yang dikuatkuasakan oleh MBJB.
- Melaksanakan tindakan operasi penguatkuasaan seperti :
- Operasi meroboh struktur bangunan yang didirikan tanpa kebenaran yang sah daripada MBJB.
- Operasi premis perniagaan tanpa lessen perniagaan yang sah daripada MBJB
- Operasi penjaja tanpa lessen perniagaan yang sah daripada MBJB
- Operasi halangan barang – barang perniagaan yang diletakkan/ditinggalkan di tempat awam dibawah pentadbiran MBJB.
- Operasi menurukan iklan – iklan haram dan tanpa permit yang sah daripada MBJB.
- Melaksanakan rondaan dan mengalihkan kenderaan menghalang, kenderaan terbiar dan buruk di kawasan pentadbiran MBJB.
- Mengeluarkan tawaran kompaun keatas kenderaan – kenderaan yang menghalang di tempat awam.
- Membuat kawalan lalulintas bagi majlis – majlis rasmi yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.
- Menjalankan operasi bersepadu bersama lain – lain agensi penguatkuasaan seperti PDRM, Imigresen, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan lain – lain.
- Mengawal selia dan memantau kawasan pentadbiran MBJB melalui CCTV yang dipasang di pusat Bandar dan kawasan sekitarnya.
- Menyediakan fail – fail bagi tujuan pendakwaan dan tindakan saman di mahkamah.
- Mengenal pasti kerosakkan infrastruktur dan tindakan jabatan lain sebelum menjadi aduan awam.
- Menjalankan siasatan dan mengambil tindakan penguatkuasaan berdasarkan aduan awamyang diterima.
- Menguruskan barang – barang sitaan seperti :
- Proses Penyimpanan
- Proses Tuntutan
- Proses Pelupusan