25 Januari 2022 - Y.B. Dato' Haji Mohd Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, hari ini menerima kunjungan hormat Y. Bhg. Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Turut sama hadir ialah Y. Brs. Encik Muhammad Razman bin Abu Samah, Timbalan Ketua Setiausaha KPKT, Y.Bhg. Dato' Noor Ihsan bin Haji Che Mat, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, serta para pegawai dari KPKT.