MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN JOM KITAR SEMULA BOTOL KACA

MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN JOM KITAR SEMULA BOTOL KACA
 
Isnin, 13 Februari 2023 | Sekitar Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Jom Kitar Semula Botol Kaca Sekolah Rendah Negeri Johor Tahun 2022/2023 yang disempurnakan oleh Tuan Haji Miswan bin Yunus, Setiausaha MBJB.Tahniah kepada 30 buah sekolah yang telah berjaya mengumpulkan sebanyak 24,000 kilogram botol kaca dalam tempoh empat (4) bulan sepanjang tempoh penganjuran.
 
Pertandingan Jom Kitar Semula Botol Kaca.SJK (C) Chung Hwa, Pontian telah menjuarai Kategori Kutipan Kitar Semula Botol Kaca yang berjaya mengumpulkan sekitar 4,600 kilogram botol kaca. Manakala, SK Seri Mendapat, Batu Pahat berjaya menjadi johan Kategori Sudut Kitar Semula Botol Kaca. Sementara itu, SK Taman Suria, Johor Bahru pula memenangi tempat pertama bagi Kategori Poster Kitar Semula Botol Kaca.Anugerah Khas turut diberikan kepada Pembentang Terbaik, Adik Danish Rayyan Ahmad Naquib dari SK Bukit Mutiara, Johor Bahru. Manakala, Cikgu Sarasangi A/P Sreenivasan dari SJK (T) Taman Tun Aminah pula menerima Anugerah Khas Guru Inovatif. SK Penyabong, Mersing pula dipilih sebagai Sekolah Harapan atas daya usaha sepanjang pertandingan.Terima kasih kepada rakan-rakan strategik program iaitu pihak SWM Environment, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan O-I BJC Glass Malaysia serta sokongan daripada SWCorp Negeri Johor.