MBJB TERIMA LAWATAN RASMI MENTERI PERUMAHAN & KERAJAAN TEMPATAN
Pada 5 Julai 2020, MBJB menerima lawatan rasmi YB Puan Hajah Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor di Menara MBJB pagi semalam.
Dalam sesi lawatan di Menara MBJB, YB Puan Hajah Zuraida Kamaruddin telah diberikan taklimat oleh Datuk Bandar Johor Bahru berkaitan pelaksanaan 7 Ikhtiar Makmur Johor oleh MBJB dan inisiatif pembangunan perniagaan pasca COVID-19 selain berkesempatan mengadakan lawatan sekitar bandar raya Johor Bahru.