MBJB Terima Pengiktirafan Di Malaysia Landscape Architecture Awards 2024

Sabtu, 11 Mei 2024 | Hotel Majestic, Kuala Lumpur

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah menerima Honour Award kategori Green Initiatives Award (Kategori Kerajaan) di Malaysia Landscape Architecture Awards 2024 bagi program JB Lestari MBJB Sustainable Initiatives Program 2023 yang telah dijalankan sepanjang tahun 2023 melibatkan program Sudut Lestari di Perpustakaan Sultan Ismail dan Green Festival di TMIYC sempena Asia Pacific Climate Week 2023 yang diadakan di Johor Bahru. Program-program ini merangkumi kesedaran kelestarian, program kehijauan dan penglibatan komuniti.

Selain itu, MBJB bersama pihak UMW Toyota Sdn. Bhd. dan Sekolah Sultan Ismail dalam program CSR pengindahan di kawasan Hutan Bandar telah menerima Honour Award Green Initiatives Award bagi CSR Category yang merupakan program pengindahan dan membaikpulih kawasan rekreasi di hutan bandar yang diberi nama 'Conservation For A Sustainable Future at Hutan Bandar Johor Bahru.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan inisiatif ini. Semoga usaha membudayakan elemen kehijauan, kebersihan dan kelestarian di bandar raya ini terus subur untuk manfaat setiap warga kota.

 Honour Award kategori Green Initiatives Award

 Honour Award kategori Green Initiatives Award

 Honour Award kategori Green Initiatives Award