Pertandingan Peringkat Akhir JB Star 2024

Sabtu, 17 Ogos 2024 | Angsana Johor Bahru Mall

Telah berlangsung petang tadi Pertandingan Peringkat Akhir JB STAR 2024 di Atrium, Angsana Johor Bahru Mall.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Ir. Hajah Nazatul Shima binti Mohamad, Timbalan Setiausaha MBJB selaku wakil rasmi Datuk Bandar Johor Bahru, diiringi oleh YBhg. Datuk Yahya bin Jaafar, Ahli Majlis Zon Bandar Baru Uda dan Puan Fadzlina binti Abdul Malek, Pengarah Pembangunan Masyarakat MBJB.

Masturah Azhar telah dinobatkan sebagai Juara JB STAR 2024 dengan tuah beliau membawakan lagu Skyfall (nyanyian asal Adele) dan Ghazal Untuk Rabiah (nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah) dan membawa pulang hadiah bernilai RM3,000.00 beserta sijil dan piala.

Beliau yang juga turut memenangi Kategori Persembahan Terbaik dan Kategori Nyanyian Lagu Tradisional Terbaik turut membawa pulang wang tunai masing-masing bernilai RM300.00.

Naib Juara pula dimenangi oleh Mohammad Aiman bin Abdullah dengan lagu Cinta Harus Memiliki (nyanyian asal Anuar Zain) dan Keroncong Begawan Solo telah berjaya membawa pulang RM2,000.00 beserta sijil dan piala.

Sementara itu, Mohd Yazrul yang mempertandingkan lagu Jampi (nyanyian asal Hael Husaini) telah memenangi Tempat ke-3 dengan hadiah

bernilai RM1,500.00 beserta sijil dan piala.

Mohd Yazrul juga turut memenangi Kategori Nyanyian Lagu Moden Terbaik dengan membawa pulang RM300.00.

Tahniah kepada para pemenang dan jumpa lagi di pertandingan yang akan datang!

Pertandingan JB Star

Pertandingan JB Star