Program Bicara Buku @ MBJB

Sekitar Program Bicara Buku @ MBJB yang telah diadakan hari Rabu, 9 Julai 2024 di Panggung Cempaka, Menara MBJB.

Pada bicara kali ini, 2 orang pegawai MBJB, iaitu Puan Khairunnadia Binti Kamarudin, Penolong Pengarah Pembangunan Masyarakat ( Sukan ) MBJB telah membicarakan buku berjudul 'Ikigai', digandingkan bersama Encik Danial Luqman Bin A. Jabar, Penolong Pengarah Kejuruteraan ( Jalan ) MBJB membicarakan buku berjudul 'Don’t Wake The Bear Hare'.

Moderator siri Bicara Buku kali ini dikendalikan oleh Encik Mohd Fadzil Bin Mohd Zaki, Penolong Pengarah Landskap, Bahagian Pembangunan Landskap dan Rekreasi MBJB.

Untuk makluman semua, siri program Bicara Buku @ MBJB anjuran Perpustakaan Sultan Ismail ini akan diteruskan pada bulan-bulan akan datang dengan kupasan judul-judul buku yang lain yang juga akan disampaikan oleh para pegawai MBJB.

Program Bicara Buku

Program Bicara Buku

Program Bicara Buku

Program Bicara Buku