Program Kolokium Johor Bahru Bandaraya Bertaraf Antabangsa, Berbudaya dan Lestari Yang Berdaya Tahan Bagi Kajian Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Johor Bahru, Johor 2035 (Penggantian)

Rabu, 3 Julai 2024 | Dewan Kenanga, Menara MBJB

Majlis Bandaraya Johor Bahru dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) melalui Pejabat Projek Zon Selatan (PPZS) dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia@Johor) sedang dalam penyediaan RTMBJB 2035 (PENGGANTIAN) yang kini di peringkat penyediaan Laporan Analisis Dan Strategi Pembangunan (LASP). Laporan ini akan menerangkan penemuan daripada analisis serta unjuran sektoral berdasarkan data primer dan sekunder mengikut 5 tema yang telah ditetapkan.

Sehubungan dengan itu, satu program kolokium bertajuk ‘JOHOR BAHRU BANDARAYA BERTARAF ANTARABANGSA, BERBUDAYA DAN LESTARI YANG BERDAYA TAHAN’ telah dianjurkan bagi tujuan perkongsian maklumat melibatkan agensi teknikal yang terdiri daripada pelbagai peringkat iaitu Persekutuan, Negeri dan Daerah serta pihak-pihak berkepentingan. Sebanyak 10 agensi juga telah dijemput untuk menyampaikan pembentangan berbentuk ‘sharing knowledge and experience’ serta aspirasi dalam melestarikan Bandaraya Johor Bahru.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mohd. Noorazam bin Dato’ Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, dan telah dihadiri seramai 100 orang peserta.



Program Kolokium

Program Kolokium

Program Kolokium