SESI LAWATAN PANEL PENILAI ASEAN PUBLIC TOILETS STANDARD AWARD 2023-2025

Khamis, 2 Jun 2022 - Sekitar sesi lawatan panel penilai ASEAN Public Toilets Standard Award 2023-2025 di Menara MBJB dan Dataran Bandaraya Johor Bahru hari ini.

Panel penilai diketuai oleh Cik Sharlene Hong Xiao Yun dari Bahagian Dasar Pelancongan dan Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersama-sama para pegawai dari MOTAC.

Sesi penilaian hari ini memberi pengalaman berharga serta pengetahuan baharu dalam meletakkan suatu penandaarasan terhadap kualiti tandas awam di bandar raya ini dan seterusnya menambahbaik perkhidmatan kepada pelanggan dari dalam dan luar negara.

img

img