Sesi Pembentangan dan Perkongsian Pembangunan Sudut Lestari Bersama PBT Luar dan Kyoto Environmental Activities Association Japan

SESI PEMBENTANGAN DAN PERKONGSIAN PEMBANGUNAN SUDUT LESTARI BERSAMA PBT LUAR DAN KYOTO ENVIRONMENTAL ACTIVITIES ASSOCIATION JAPAN

4 Mac - Sesi Pembentangan dan Perkongsian Dalam Pembangunan Sudut Lestari MBJB telah diadakan secara atas talian bersama beberapa PBT tempatan dan negara-negara ASEAN bersama Kyoto Environmental Activities Association, Japan. Antara PBT yang terlibat adalah Majlis Perbandaran Segamat, Majlis Daerah Mersing, Perbadanan Pembangunan Bintulu, Majlis Daerah Kapit, Majlis Perbandaran Tawau, Surakarta City Indonesia, Hue City Vietnam, Bangkok Metropolitan Administration Thailand, Kyoto City dan Miyako Ecology Center.

Sesi perbentangan ini juga turut disertai oleh 4 wakil Kyoto Environmental Activities Association (KEAA) secara fizikal di MBJB. Dalam sesi ini MBJB telah berkongsi proses pembangunan Sudut Lestari bermula dari awal penubuhan yang merangkumi latihan anggota tentang maklumat lestari, pembahagian tugasan anggota dalam membangunkan deraf kandungan lestari, rekabentuk panel, perancangan program lestari, mewujudkan rakan kerjasama serta sukarelawan.

Hasil dari pembentangan ini, PBT yang terlibat perlu menyediakan Perancangan Pelan Tindakan Lestari dan perlu dibentangkan kepada KEAA pada bulan Julai 2024 bagi dibuat penilaian untuk mewujudkan Sudut Lestari di PBT berkenaan.

Sudut Lestari

Sudut Lestari