Hari Keluarga & Karnival Sukan MBJB 2023

HARI KELUARGA & KARNIVAL SUKAN MBJB 2023

Sabtu, 12 Ogos 2023 | Rangkuman gambar sekitar Hari Keluarga MBJB 2023 yang berlangsung di Stadium Olahraga Johor, Taman Mount Austin.Hari Keluarga MBJB 2023 ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim, hubungan kekeluargaan dan keharmonian di antara warga kerja MBJB dan ahli keluarga.Hari Keluarga MBJB ini juga adalah merupakan acara kemuncak kepada Karnival Sukan MBJB 2023 yang diadakan di kalangan anggota MBJB bermula pada 13 Julai 2023.

Pertandingan sukan yang dianjurkan sepanjang bulan Julai dan Ogos ini adalah mengikut 8 rumah sukan iaitu Merah, Kuning, Turquoise, 'Royal Blue', 'Grey', Oren, 'Purple' dan Hijau. Acara sukan yang dipertandingkan ialah Bola Tampar, Dart Berpasukan, Bola Jaring, Karom Berpasukan, Futsal, Sepak Takraw, Ping Pong Berpasukan, Bowling Berpasukan, Badminton Berpasukan serta acara Sukaneka di Hari Keluarga MBJB 2023.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan 'Turquoise' selaku juara keseluruhan Karnival Sukan MBJB tahun ini, diikuti oleh pasukan Merah sebagai naib juara dan 'Grey' di tempat ketiga. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada seluruh barisan urusetia dan Team MBJB yang telah mengambil bahagian serta menjayakan Karnival Sukan MBJB dan Hari Keluarga pada tahun ini.

Hari Keluarga & Karnival Sukan MBJB 2023

Hari Keluarga & Karnival Sukan MBJB 2023

Hari Keluarga & Karnival Sukan MBJB 2023

Hari Keluarga & Karnival Sukan MBJB 2023

Hari Keluarga & Karnival Sukan MBJB 2023