Kunjungan Hormat Datuk Bandar Johor Bahru dan Pegawai-Pegawai Kanan MBJB Ke Perbadanan Putrajaya

31 Julai 2023 (Isnin) : YBhg. Dato' TPr. Fadlun bin Mak Ujud Presiden Perbadanan Putrajaya menerima kunjungan hormat daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru yang diketuai Y.B. Dato' Haji Mohd Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB). Delegasi turut menerima taklimat berkenaan Inisiatif Bandar Pintar Putrajaya yang disampaikan oleh YBrs. Haji Mohd Musabri bin Shaharom, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Teknologi dan Maklumat. Diharapkan sesi perkongsian pengetahuan dan pengalaman yang telah disampaikan dapat memberi inspirasi dan nilai tambah dalam merealisasikan bandar pintar di Johor Bahru .

Perbadanan Putrajaya

Perbadanan Putrajaya