KUNJUNGAN HORMAT DATUK BANDAR JOHOR BAHRU KEPADA DATUK BANDAR KL

KUNJUNG HORMAT DATUK BANDAR JOHOR BAHRU KEPADA DATUK BANDAR KUALA LUMPUR

1 OGOS 2023 (SELASA) : YB Dato' Hj. Mohd Noorazam bin Dato' Hj. Osman, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) serta Pegawai Kanan telah Membuat Kunjungan Hormat Kepada YBhg. Datuk Sr Hj.Kamarulzaman bin Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur. Dalam sesi kunjungan hormat tersebut, kedua-dua Datuk Bandar telah berkongsi pengalaman dan bertukar pendapat berkaitan pengurusan bandar raya.

Hadir sama ke pertemuan tersebut adalah YBrs. Tn. Hj. Mohamad bin Hamim, Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) DBKL.Diharapkan dengan adanya pertemuan seumpama ini akan mengeratkan lagi hubungan di antara kedua-dua buah bandar raya yang telah sekian lama terjalin.

Kunjungan Hormat Datuk Bandar

Kunjungan Hormat Datuk Bandar