Majlis Jubli Mutiara MBJB 2024

Rabu, 24 April 2024 | Dewan Kenanga, Menara MBJB.

Majlis Jubli Mutiara MBJB 2024 telah diadakan hari ini di Dewan Kenanga, Menara MBJB bersempena Sambutan 30 Tahun MBJB serta Sambutan Aidilfitri Peringkat Warga Kerja MBJB. Majlis Jubli Mutiara ini turut diadakan bagi menzahirkan penghargaan dan memberikan pengiktirafan kepada warga kerja MBJB yang telah menunjukkan prestasi kerja cemerlang sepanjang tahun 2023.

Seramai 103 orang anggota telah menerima APC bagi tahun 2023, 15 orang anggota menerima penghargaan perkhidmatan kerana berkhidmat melebihi 25 tahun ke atas, serta 29 anggota yang telah atau pun akan berpencen pada tahun 2024.

Dalam masa yang sama, seramai 24 orang mantan Ahli Majlis Sesi 2023/2024 turut diberi penghargaan di atas khidmat bakti mereka bersama MBJB.

Di dalam ucapan YB Datuk Bandar kepada warga kerja MBJB, beliau mengatakan "di sebalik semua pencapaian dan kejayaan yang telah dikecapi, ingin saya ingatkan juga agar kita jangan sesekali leka kerana tanpa sifat istiqamah dan tawaduk, sukar untuk kita mengekalkan kecemerlangan di dalam dunia yang sentiasa berubah dan kompetitif ini."

"Jika kita tak bersedia untuk menyesuaikan diri atau mempersiapkan diri dengan arus pemodenan dan globalisasi, sudah tentu kita akan ketinggalan dalam segenap perkara terutamanya dalam era serba serbi digital ini," kata beliau.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah dan penghargaan hari ini.

Majlis Jubli Mutiara 2024

Majlis Jubli Mutiara 2024

Majlis Jubli Mutiara 2024