Majlis Kick Off Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Johor Bahru, Johor 2035 (Penggantian) dan Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Johor 2035 (Penggantian)

22 APRIL 2024 (ISNIN),

GRAND BALLROOM 2, LEVEL 11, DOUBLETREE BY HILTON JOHOR BAHRU

Kajian Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) melalui Pejabat Projek Zon Selatan (PPZS) dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia@Johor) sedang dilaksanakan bermula pada 3 April 2023 sehingga 3 April 2025 (12 bulan).

Sehubungan dengan itu, satu Majlis 'Kick Off' Kajian Rancangan Tempatan telah diadakan bagi tujuan pemberitahuan bermulanya kajian tersebut kepada pihak-pihak yang berpentingan.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg Datuk TPr Dr Alias Bin Rameli, Ketua Pengarah Perancangan Bandar & Desa, dan dihadiri seramai 170 orang yang terdiri daripada jabatan/agensi di peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah dan Ahli Majlis bagi kedua-dua PBT yang terlibat dengan kajian ini.

Rancangan Tempatan

Kajian Rancangan Tempatan