MESYUARAT JAWATANKUASA PERSATUAN PEGAWAI-PEGAWAI PENILAIAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA (PEPAM) KE MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Pegawai-Pegawai Penilaian PBT Malaysia (PEPAM) Kali Ke 03/2021-2023 telah diadakan pada 29 dan 30 Julai 2022. MBJB telah menjadi tuan rumah bagi penganjuran mesyuarat pada kali ini.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Datuk Sr Haji Kamarulzaman bin Mat Salleh, Pengerusi Persatuan Pegawai-Pegawai Penilaian Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (PEPAM), merangkap Pengarah Eksekutif (Pengurusan) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur disambut oleh Tuan Haji Azmi bin Haji Miswan, Pengarah Jabatan Penilaian MBJB.

Seramai 26 Ahli Jawatankuasa yang yang terdiri daripada wakil Pegawai-Pegawai Penilaian seluruh PBT Malaysia hadir menjayakan mesyuarat ini.

Terlebih dahulu pada 29 Julai 2022, semua Ahli Jawatankuasa telah dibawa Lawatan Teknikal ke Majlis Perbandaran Pengerang(MPP) bagi mendengar taklimat berkaitan Kaedah Penilaian bagi Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC) oleh Ketua Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPP.

Seterusnya delegasi telah dibawa melawat ke PIPC dan diberikan taklimat berkaitan projek pembangunan di PIPC.

Pada malamnya, Ahli Jawatankuasa telah diraikan dalam Majlis Jamuan Makan Malam di Dewan Kenanga Menara MBJB. Peserta Mesyuarat telah disambut oleh Puan Ir Hajah Nazatul Shima binti Mohamad, Timbalan Setiausaha MBJB merangkap wakil rasmi Datuk Bandar Johor Bahru.

MBJB mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Pengerang dan pihak PIPC serta Jawatankuasa Pegawai-Pegawai Penilaian Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia di atas perkongsian maklumat dan komitmen semua.

img

img