Sekitar Sesi Perkongsian oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru Forum 'Building A Climate Resilient City' Bersempena Iskandar Malaysia Sustainability Summit (IMSS) 2023 di Sunway City, Iskandar Puteri

Khamis, 10 Ogos 2023 | Sekitar sesi perkongsian oleh YB Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, di forum bertajuk 'Building A Climate Resilient City' bersempena Iskandar Malaysia Sustainability Summit (IMSS) 2023 di Sunway City, Iskandar Puteri.

Di dalam forum tersebut, YB Datuk Bandar telah membuat perkongsian berkaitan peranan MBJB dalam mendepani masalah perubahan iklim yang ketara dewasa kini serta cabaran-cabaran dalam membangunkan sebuah bandar raya yang berdaya tahan kepada perubahan iklim.

"If we want to go fast, go alone. If we want to go far, go together". Begitulah usaha untuk merealisasikan agenda bandar mampan dan berdaya tahan ini memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh serta kesedaran dari setiap warga bandar raya Johor Bahru.

Building A Climate Resilient City

Building A Climate Resilient City