Penggunaan Jalan Protokol oleh Kenderaan Berat

PENGGUNAAN JALAN PROTOKOL OLEH KENDERAAN BERAT

Sebagaimana semua sedia maklum, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah mewartakan beberapa jalan di sekitar bandar raya Johor Bahru sebagai Jalan Protokol. Jalan protokol adalah jalan-jalan yang disifatkan sebagai jalan-jalan utama di dalam suatu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yangmenghubungkan jaluran jalan yang lain dalam suatu tempat. Penetapan jalan protokol dibuat di peringkat Negeri selaras Jadual Ke-9 Para 6 Perlembagaan Persekutuan. Penguatkuasaan terhadap jalan protokol boleh diambil dengan cara mewartakan jalan-jalan protokol tersebut bagi pengehadan atau sekatan penggunaan kenderaan-kenderaan pada jalan tersebut. Jalan-Jalan Protokol ini juga hendaklah sentiasa berada dalam keadaan terbaik dari segi infra, kebersihan dan keceriaan landskap.

Namun begitu, kebelakangan ini MBJB mendapati terdapat banyak berlakunya kerosakan dan kekotoran di jalan protokol termasuk jalan di sekitar pusat bandar yang berpunca daripada kenderaan berat seperti muatan membawa pasir, simen dan bahan tapak binaan yang menggunakan jalan protokol serta jalan sekitar pusat bandar.

MBJB sedia maklum mengenai projek-projek pembangunan yang sedang pesat berjalan di kawasan pusat bandar, namun begitu MBJB menyeru supaya pihak berkenaan sentiasa mengambil tanggungjawab untuk mematuhi segala peraturan yang ada termasuk dalam menjaga kebersihan dan juga mematuhi tempoh waktu penggunaan jalan Protokol yang telah ditetapkan.

Oleh yang demikian, MBJB tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan kompaun kepada pemilik kenderaan berat yang didapati melakukan kesalahan termasuk operasi bersepadu bersama agensi lain seperti pihak Jabatan Pengangkutan Jalan dan juga Jabatan Kerja Raya. Dalam masa yang sama, warga bandar raya boleh menyalurkan aduan berkaitan menerusi SISPAA MBJB (mbjb.spab.gov.my), talian am MBJB di 07-2198000, talian bebas tol 1300-88-0146 atau menerusi Whatsapp di 019-7788212.

Untuk makluman, senarai Jalan Protokol adalah sebagaimana berikut:

1. Jalan Persiaran Iskandar Sultan
2. Persiaran Abu Bakar Sultan
3.Jalan Ismail Sultan
4.Jalan Ibrahim Sultan
5. Jalan Skudai
6. Jalan Tun Razak
7. Jalan Wong Ah Fook
8. Jalan Datin Halimah
9. Jalan Kolam Ayer
10. Jalan Sg. Chat
11. Jalan Tebrau
12. Jalan Pandan
13. Jalan Kota Tinggi
14. Lebuhraya Pasir Gudang
15. Jalan Trus
16. Jalan Lingkaran Dalam
17. Jalan Pasir Pelangi
18. Jalan Stulang Laut
19. Jalan Stulang Darat
20. Jalan Straits View
21. Jalan Ibrahim
22. Jalan Ayer Molek
23. Jalan Yahya Awal
24. Jalan Abdul Rahman Andak
25.Jalan Persiaran Pantai, Permas Jaya
26. Lebuh raya EDL

Jalan Protokol

Jalan Protokol