BANTUAN ONE-OFF RM 500 PELESEN PREMIS GUNTING RAMBUT & SALUN

MAKLUMAN : BANTUAN ONE-OFF RM 500 PELESEN PREMIS GUNTING RAMBUT & SALUN

i-insentif Lesen

Sistem i-Insentif Lesen kini DIBUKA untuk pelesen sedia ada bagi premis GUNTING RAMBUT/ SALUN RAMBUT sehingga 25 Jun 2021.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memberi bantuan wang tunai (one-off) RM500 di bawah Sektor Masyarakat dan Modal Insan kepada pelesen premis gunting rambut/salun rambut yang aktif sehingga 31 Disember 2021 seperti yang telah diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0.

Sehubungan ini, semua pelesen premis gunting rambut/ salun rambut yang aktif sehingga 31 Disember 2021 di dalam kawasan MBJB, anda dikehendaki mengisi maklumat lengkap dalam Sistem i-Insentif Lesen MBJB SELEWAT-LEWATNYA sehingga 25 Jun 2021 di pautan berikut:

http://apl.mbjb.gov.my/insentiflesen

Antara dokumen yang perlu dilampirkan di dalam sistem adalah:
1) Salinan kad pengenalam pemilik lesen.
2) Salinan lesen premis perniagaan.
3) Salinan penyata bank (dengan nombor akaun bank dan nama pemilik lesen/ syarikat tertera).

Adalah diingatkan bahawa sistem ini bertujuan untuk mengumpulkan data di peringkat awal. Segala keputusan dan kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada Kerajaan Negeri. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Jabatan Pelesenan MBJB melalui alamat emel pelesenan@mbjb.gov.my