Makluman Penutupan Sementara Jalan Sempena Majlis Perasmian Masjid Kampung Mahmoodiah, Johor Bahru

MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA JALAN SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MASJID KAMPUNG MAHMOODIAH, JOHOR BAHRU

Sila ambil perhatian, bersempena Majlis Perasmian Masjid Kg. Mahmoodiah, penutupan sementara laluan melibatkan persimpangan masuk dari Jalan Yahya Awal dan sebahagian Jalan Mahmoodiah (hingga persimpangan Jalan Mariamah) bermula pada jam 12.00 malam, 11 April 2023 (Selasa), sehingga jam 3.00 petang, 14 April 2023 (Jumaat), bagi melaksanakan kerja-kerja persiapan.

Warga bandar raya dinasihatkan untuk mematuhi arahan semasa yang diberikan di tapak dan memandu dengan berhati-hati.

MAJLIS PERASMIAN MASJID KAMPUNG MAHMOODIAH



MAJLIS PERASMIAN MASJID KAMPUNG MAHMOODIAH