Pemasangan AED di Lokasi Tumpuan Awam

PEMASANGAN AED DI LOKASI TUMPUAN AWAM

Sebagai langkah berterusan untuk menambahbaik tahap penjagaan keselamatan diri warga bandar raya, MBJB kini telah memasang alat 'Automated External Defribrillator' atau AED di kawasan tumpuan umum sekitar bandar raya Johor Bahru.Peranti AED kini telah diletakkan di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Taman Merdeka, Perpustakaan Sultan Ismail Johor Bahru dan Menara MBJB.

AED ini berfungsi sebagai alat bantuan kecemasan serangan jantung secara tiba-tiba atau Sudden Cardiac Arrest (SCA).Dalam keadaan ini, pemulihan pernafasan dan jantung (CPR) dan perangkat sengatan jantung (AED) amat diperlukan. MBJB akan menambah bilangan lokasi AED ini dari semasa ke semasa sebagai langkah bantuan awal kes kecemasan di tempat-tempat awam.

Pemasangan AED

Pemasangan AED