Terkini : Pelancaran Portal GeoJB Versi 3.0

Khamis, 1 Februari 2024 | Johor Bahru Integrated Operations Command Centre (JBIOCC), Menara MBJB.

Majlis Pelancaran Portal GeoJB Versi 3.0 telah diadakan hari ini di Johor Bahru Integrated Operation Command Centre (JBIOCC), Aras 15 Menara MBJB

Untuk makluman warga bandar raya, Portal GeoJB merupakan sebuah pangkalan data yang berasaskan kepada Sistem Maklumat Geografi yang mengintegrasikan data dari pelbagai sistem di MBJB. Ianya merupakan sebuah platform data terbuka MBJB yang membolehkan semua penduduk dan pihak berkepentingan di bandar raya Johor Bahru berkongsi aspirasi yang sama. Data dari portal GeoJB ini merangkumi keseluruhan aspek urbanisasi yang menjadi suatu manifestasi kepada bandar raya Johor Bahru.

Portal GeoJB Versi 1.0 telah mula beroperasi pada 23 Ogos 2020 dengan 73 lapisan data dan 22 tema atau aplikasi web. Kemudian, portal ini telah dinaik taraf kepada laman web dan Versi 2.0 telah diterbitkan pada bulan April tahun 2022. Portal GeoJB Versi 2.0 pula terdiri daripada 99 lapisan data dengan 3 muka dan 4 galeri data yang dinamakan sebagai Galeri Data Terbuka, Galeri Aplikasi Web, Galeri Dashboards dan Galeri Ahli Majlis.

Terkini, Portal GeoJB Versi 3.0 telah disiarkan pada 6 Disember 2023 dengan penambahan Galeri Terokai JB dan JB 3Dimensi yang membolehkan pengguna meneroka bandar raya Johor Bahru secara maya.

Portal GeoJB Versi 3.0 mengandungi 47 tema dengan 124 lapisan data dengan penjenamaan JB Mampan. Portal ini telah mencapai hits ke 100,000 pada 9 Januari 2024 setelah berkhidmat selama 3 tahun 5 bulan kepada warga MBJB dan penduduk Johor Bahru.

Antara ciri menarik ialah Portal GeoJB 3.0 memaparkan tambahan aplikasi web Stesen Pengecasan EV dan Lokasi AED di Galeri Data Terbuka. Selain itu, Galeri Ahli Majlis telah disusun semula menjadi 4 aplikasi web yang boleh diakses oleh orang awam dan bersama dashboard Cukai Taksiran mengikut kawasan Ahli Majlis. Pengguna kini boleh memilih peta asas mereka yang mengandungi 23 pilihan. Fungsi pengukuran dan tambah data juga diaktifkan dalam versi GeoJB 3.0. Fungsi ini membolehkan pengguna melakukan analisis mengikut objektif mereka.

Portal GeoJB juga penting untuk berfungsi sebagai platform Urban Observatory di peringkat tempatan selain merupakan salah satu kaedah untuk menguruskan bandar dengan cara pintar dan mampan. Sehingga kini, Portal GeoJB juga telah mendapat pelbagai pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa iaitu:

i. ESRI Malaysia Geoinnovation Awards sebagai 7 portal GIS terbaik di Malaysia pada tahun 2021.

ii. Dashboard Cukai Taksiran sebagai salah satu dashboard di dalam plenary session oleh Jack Dangermond di ESRI User Conferense pada 12 Julai 2022.

iii. Gold Awards di MIP Planning Excellence Awards 2022 untuk kategori Planning Service Excellence Awards.

iv. Dashboard Denggi sebagai dashboard terbaik di GIS Day 2023 oleh Esri Malaysia.

Sehubungan dengan itu, semua warga kerja, penduduk dan pihak berkepentingan di bandar raya Johor Bahru diseru untuk memaksimakan penggunaan Portal GeoJB bagi mendapatkan data terkini dan eksplorasi Johor Bahru secara maya.

Layari Portal GeoJB di: https://geojb.gov.my/gisportal/apps/sites/#/mbjb-geojb

Pelancaran Portal GeoJB Versi 3.0

Pelancaran Portal GeoJB Versi 3.0

Pelancaran Portal GeoJB Versi 3.0