MENU

GALERI MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

Majlis Bandaraya Johor Bahru telah menubuhkan galeri pada tahun 2009 yang terletak di Tingkat 3, Bangunan Jotic, Jalan Ayer Molek, Johor Bahru. Galeri MBJB ini memuatkan maklumat berkaiatn dengan sejarah dan perkembangan bandaraya Johor Bahru dan juga Majlis Bandaraya Johor Bahru. Galeri ini dibahagikan kepada enam (6) bahagian iaitu sejarah Johor Bahru, keistimewaan Johor Bahru, MBJB… Penguasa Tempatan Anda dan Johor Bahru Dulu & Kini.

Para pengunjung boleh melihat bahan-bahan serta arifak-artifak yang mempunyai nilai warisan dan sejarah berkaitan dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru. Selaian itu, para pengunjung dan pengkaji boleh mendapatkan maklumat mengenai Bandaraya Johor Bahru sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal pentadbiran, perancangan dan pembangunan Johor Bahru.

WAKTU OPERASI

Isnin – Khamis

8.30 pagi – 12.30 tengahari

2.00 petang – 4.30 petang

Jumaat

9.00 pagi – 12.00 tengahari

2.45 petang – 4.30 petang

Sabtu & Ahad

10.00 pagi – 04.00 petang

Cuti Umum

Tutup