Isnin, 10 Oktober 2022 | Sekitar Sesi Auditan Sempena Kempen Johor Bersih 100 Hari di Dataran Bandaraya Johor Bahru hari ini.
Sesi auditan ini adalah merupakan penilaian terhadap PBT dalam Negeri Johor terhadap keberkesanan pelaksanaan kempen Johor Bersih yang telah dilancarkan oleh Menteri Besar Johor pada 2 Julai 2022 secara berterusan selepas tempoh 100 hari.
Antara kriteria yang dinilai adalah berkaitan kebersihan persekitaran, penyelenggaraan kemudahan awam/landskap, penyelenggaraan infrastruktur, aktiviti 'plogging' dan lain-lain lagi.
Panel auditor terdiri daripada Pejabat Menteri Besar Johor, Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian Kerajaan Tempatan, SW Corp dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Apa yang lebih utama adalah supaya aspirasi Johor Bersih ini dapat diterapkan dalam setiap diri warga bandar raya agar tanggungjawab memelihara kebersihan dan keindahan bandar raya ini dapat dikongsi bersama. Semoga usaha Johor Bersih yang dilaksanakan ini dapat diteruskan dan dihidupkan bersama oleh semua warga Johor Bahru.
#JohorBersih
#jbmampan
#jbthinkgreen