Ahad, 12 November 2023 | Sekitar Majlis Makan Malam 'Asia Pacific Climate Week' yang berlangsung di Menara MBJB.
Majlis telah disempurnakan oleh YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor. Turut hadir sama ialah YB Dato' Haji Mohd Hasni bin Mohammad, Pengerusi Pusat Kelestarian Johor, YB Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, YBhg Datuk Syed Mohamed bin Syed Ibrahim, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation, YB Tuan Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Mr. Donald Cooper, Director of Transparency Division UNFCCC, Mr. Niclas Svenningsen Manager of Climate Action Outreach UNFCCC, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor, ketua-ketua delegasi serta pegawai Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
MBJB mengucapkan selamat datang kepada seluruh delegasi APCW2023 ke Johor Bahru.