Lawatan Chairman Of Smart City Network ke Johor Bahru Integrated Operations Control Centre (JBIOCC)

Khamis, 23 Mei 2024 | Menara MBJB

MBJB telah menerima lawatan delegasi Chairman of Smart City Network seramai 7 orang dari Singapura ke JBIOCC di Aras 15, Menara MBJB, hari ini.

Lawatan ini adalah lanjutan dari sesi perbincangan YB Datuk Bandar Johor Bahru bersama Chairman of Smart City Network yang telah pada 15 Mei lalu di Singapura.

Tujuan lawatan adalah bagi melihat dengan lebih dekat pengoperasian JBIOCC, berkongsi idea-idea dan pandangan berkaitan operasi JBIOCC, melihat ruang-ruang penambahbaikan serta penerapan elemen pintar dalam JBIOCC bagi membolehkan MBJB memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada warga bandar raya Johor Bahru.

Smart City

Smart City