Lawatan Teknikal Institusi Jurutera Malaysia (Cawangan Selatan) IEM (Southern Branch) Ke Johor Bahru Integrated Operations Control Center MBJB (JBIOCC)

Pada 4 Julai 2024 (Khamis) telah diadakan lawatan teknikal dari IEM Southern Branch ke JBIOCC. Delegasi seramai 30 orang diketuai oleh Ir. David Puen Ming Shen selaku Pengerusi IEM (Southern Branch).

Lawatan dimulakan dengan sesi kunjung hormat kepada Datuk Bandar MBJB, YB Dato' Haji Mohd Noorazam Bin Dato' Haji Osman. Ucapan alu-aluan kepada delegasi IEM disampaikan oleh Timbalan Setiausaha MBJB, Ir. Hajah Nazatul Shima binti Mohamad.

Selepas lawatan teknikal ke JBIOCC, delegasi meneruskan lawatan teknikal ke Coronation Square yang terletak di dalam Ibrahim International Business District (IIBD) di Pusat Bandaraya Johor Bahru.

 

Lawatan

Lawatan

Lawatan