MBJB TERIMA ANUGERAH MIP PLANNING EXCELLENCE AWARD 2022

MBJB TERIMA ANUGERAH MIP PLANNING EXCELLENCE AWARD 2022

Selasa, 17 Januari 2023 | MBJB telah menerima 3 anugerah bersempena MIP Planning Excellence Award 2022 yang berlangsung di Hotel Majestic Kuala Lumpur semalam.

Tiga anugerah yang diterima ialah:

1. Gold Award - Kategori Inclusive Design bagi projek 'Coronation Avenue - Pedestrian Connectivity Improvement Project in Downtown JB'.

2. Gold Award - Kategori Planning Service Excellence bagi projek 'GeoJB Portal: An Urban Manifestation'.

3. Silver Award - Kategori Heritage and Conservation bagi projek 'The Ei8ht - The Conservation of 8 Shophouses'.

Majlis penganugerahan yang dianjurkan Malaysia Institute of Planners ini bertujuan mengiktiraf usaha yang dilakukan oleh pelbagai agensi terutamanya PBT dalam mendepani cabaran pembangunan perbandaran selain memberi penghormatan kepada projek-projek hanh menunjukkan kecemerlangan dan inovasi dalam perancangan, reka bentuk serta pembangunannya yang membawa impak positif kepada orang ramai dan persekitaran keseluruhan.

Tahniah dan syabas diucapkan. Semoga anugerah ini menjadi pemangkin kepada kejayaan-kejayaan MBJB pada masa akan datang.

 MIP PLANNING EXCELLENCE AWARD 2022


 MIP PLANNING EXCELLENCE AWARD 2022