Selasa, 25 Julai 2023 | Lawatan penandaarasan Unit Tunggakan Cukai Harta, Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) ke Menara MBJB.
Lawatan ini adalah bertujuan perkongsian pengalaman dan amalan terbaik berkaitan pelaksanaan tindakan penguatkuasaan terhadap tunggakan cukai harta. Semoga amalan terbaik yang dikongsikan antara kedua-dua PBT ini memberi manfaat berterusan kepada warga bandar raya.