Isnin, 5 Februari 2024 | Sekitar Perhimpunan Awal Tahun 2024 & Amanat Datuk Bandar Johor Bahru di Dewan Kenanga, Menara MBJB, hari ini. Dalam perhimpunan awal tahun MBJB ini, YB Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, telah menyampaikan kata-kata nasihat, peringatan berkaitan nilai integriti anggota, gerak kerja serta halatuju MBJB sepanjang tahun ini dan tahun-tahun akan datang.
YB Dato' Haji Mohd. Noorazam bersama pengurusan tertinggi MBJB turut menyampaikan anugerah-anugerah serta pencapaian terbaik MBJB di dalam majlis ini.