SABTU, 12 Februari 2022 - Sekitar lawatan YB Dato' Haji Mohd Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru ke Jalan Tan Hiok Nee bagi menghadiri program kebudayaan Kaligrafi Cina.
Datuk Bandar Johor Bahru amat mengalu-alukan kepelbagaian pertunjukan kebudayaan yang ada di negeri Johor ini. Pertunjukan-pertunjukan ini dapat memberi peluang kepada warga bandar raya Johor Bahru sendiri merasai kepelbagaian budaya ini.
Beliau turut menasihatkan agar sentiasa patuh SOP pencegahaan COVID-19 yang ditetapkan. Setinggi-tinggi penghargaan turut diucapkan terima kasih kepada persatuan Tionghua di atas jemputan dan penganjuran program ini. Marilah kita bersama memelihara bandar raya Johor Bahru ini agar sentiasa ceria, bersih dan indah.