MAKLUMAN INFO TRAFIK
Berikut adalah kerja-kerja pemasangan 'interlocking concrete pavers' dan pembinaan laluan pejalan kaki di Jalan Gertak Merah (hadapan Zoo Johor) kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang akan dilaksanakan seperti berikut:
Fasa 1
Penutupan 1 lorong bagi kerja-kerja pembinaan laluan pejalan kaki bermula pada 28/10/2023 - 11/11/2023. Penutupan Lorong hala dari Jalan Gertak Merah ke Jalan Abu Bakar
Fasa 2
Penutupan 2 lorong bagi kerja-kerja pemasangan 'interlocking concrete pavers' bermula pada 12/11/2023 - 5/12/2023.
Sila memandu dengan berhati-hati dan patuhi arahan semasa di tapak.