Lawatan Kerja Dari Jabatan Pembangunan Masyarakat Majlis Bandaraya Iskandar Puteri Ke Perpustakaan Sultan Ismail Majlis Bandaraya Johor Bahru

20 Februari 2024 - Perpustakaan Sultan Ismail telah menerima kunjungan dari Jabatan Pembangunan Masyarakat, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang diketuai oleh Encik Mohd Shah Fahmi bin Sukaribin, Pustakawan MBIP.

Lawatan ini adalah bertujuan mendapatkan permahaman lebih mendalam berkaitan inisiatif, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Perpustakaan Sultan Ismail untuk warga bandar raya.

Maklumat dalam sesi perkongsian ini adalah untuk dijadikan penanda aras bagi pengoperasian perpustakaan di MBIP kelak.

Lawatan

Lawatan