Kunjungan Hormat Delegasi dari Bangsamoro Autonomous Region in Muslim Mindanao (BARMM) Republik Filifina

Isnin, 13 Mei 2024 | YB Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, telah menerima kunjungan hormat delegasi dari Bangsamoro Autonomous Region In Muslim Mindanao (BARMM), Republik Filipina.

Kunjungan ini bertujuan bagi bertukar-tukar maklumat mengenai Industri Halal di Malaysia selain menerokai pelbagai potensi kerjasama di antara kedua-dua pihak.

Delegasi BARMM seramai 26 orang ini yang diketuai oleh Atty. Sukarno A. Abas iaitu Timbalan Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Pelancongan BARMM. Kehadiran delegasi telah disambut oleh En Harulisam bin Ismail, Pengarah Korporat & Perhubungan Awam MBJB serta Ketua-ketua Jabatan MBJB.

Kunjungan Hormat

Kunjungan Hormat