Sempena sambutan Maal Hijrah bagi tahun 1446H /2024 pada Ahad, 7 Julai 2024, semua premis hiburan di tempat terbuka hendaklah menutup sementara operasi perniagaan berkuatkuasa mulai Sabtu, 6 Julai 2024 (7.00 malam) sehingga Ahad, 7 Julai 2024 (7.00 malam).
Semua urusniaga pusat hiburan hanya dibenarkan beroperasi di dalam bangunan tertutup sahaja, manakala urusan hiburan di tempat terbuka adalah dilarang sama sekali.
Sila rujuk notis disertakan untuk maklumat lanjut syarat-syarat ditetapkan.