Festival Bunga Dan Taman Putrajaya 2024 (Floria Diraja Putrajaya 2024)

Khamis, 22 Ogos 2024 | Putrajaya

Majlis Bandaraya Johor Bahru telah berjaya memenangi Garden Creative Award di Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2024 (Floria Diraja Putrajaya 2024) anjuran Perbadanan Putrajaya dengan sokongan Jabatan Wilayah Persekutuan di Presint 2, Putrajaya.

Sebanyak 10 Organisasi Kerajaan dan 10 Agensi Korporat telah mengambil bahagian dalam pameran yang diadakan selama 11 hari (22 Ogos 2024 – 1 September 2024) bagi kategori Government Garden Showcase dan Corporate Garden Showcase.

Majlis Bandaraya Johor Bahru menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah atas limpah perkenan berangkat mencemar duli ke Majlis Perasmian Floria DiRaja 2024 dan seterusnya melawat ke pameran Laman MBJB pada hari ini.

Delegasi Majlis Bandaraya Johor Bahru berjaya mengolah dan membina sebuah taman dengan idea yang segar bercirikan bangunan bersejarah Bukit Timbalan berkonsepkan ‘Garden City of Johor Bahru’ dan telah melayakkan taman ini memenangi Garden Creative Award.

Tahniah diucapkan kepada Jabatan Landskap di atas kejayaan ini dan berjaya mengekalkan imej dan reputasi Majlis Bandaraya Johor Bahru di persada landskap Malaysia dan Antarabangsa.

Award

Award