Majlis Penutup Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2024 (Floria Diraja Putrajaya 2024)

Ahad, 1 September 2024 | Putrajaya

Majlis Bandaraya Johor Bahru telah berjaya memenangi Garden Creative Award di Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2024 (Floria Diraja Putrajaya 2024) anjuran Perbadanan Putrajaya dengan sokongan Jabatan Wilayah Persekutuan hari ini, dan hadiah telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Tpr. Fadhlun bin Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya.

Delegasi Majlis Bandaraya Johor Bahru diketuai oleh Timbalan Setiausaha, Ir. Hajah Nazatul Shima binti Mohamad. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Jabatan Landskap di atas kejayaan ini dan berjaya mengekalkan imej dan reputasi Majlis Bandaraya Johor Bahru di persada landskap Malaysia dan Antarabangsa.

Anugerah Garden Award Creative

Anugerah Garden Award Creative