Kajian Lapangan Tahap Penggunaan Bahasa Kebangsaan Di Tempat Awam Di Kawasan Pentadbiran MBJB

Susulan kunjungan hormat Delegasi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kepada Datuk Bandar Johor Bahru pada bulan Mei 2024, satu kajian lapangan tahap penggunaan bahasa kebangsaan di tempat awam telah dilaksanakan di kawasan pentadbiran MBJB pada 27-29 Ogos 2024 yang lalu.

Kajian ini meliputi penggunaan bahasa bagi papan tanda premis serta papan iklan luar ('bilboard', gegantung dan sepanduk).

Sebanyak 200 sampel papan tanda telah diambil bagi melengkapkan kajian ini sepanjang tiga hari tersebut yang diurusetiakan oleh Jabatan Pelesenan MBJB serta dibantu oleh Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Khidmat Pengurusan serta Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBJB.

Kajian Lapangan

Kajian Lapangan

Kajian Lapangan