Kerjasama Maybank Southern Region dengan MBJB Menjayakan Maybank Group Global CR Day 7 September 2024

Sabtu, 7.9.2024 | Pihak Maybank Southern Region telah bekerjasama dengan MBJB dalam menjayakan Maybank Group Global CR Day pada hari Sabtu, 7 September lalu.

Program ini telah berlangsung di kawasan Hutan Bandar Johor Bahru yang melibatkan lebih 400 orang peserta sukarelawan bagi melaksanakan aktiviti seperti mengecat bangku di hentian bas Jalan Tasik Utara, aktiviti menanam 46 pokok teduhan pelbagai spesies serta aktiviti pembersihan dedaun kering di kawasan taman permainan kanak-kanak dan kawasan ‘adventure park’.

Keseluruhan peserta telah dibahagikan mengikut 10 Kumpulan dengan 35 hingga 40 peserta setiap kumpulan. Turut diadakan adalah aktiviti senamrobik di amphitheatre sebelum majlis perasmian, penyampaian cenderahati dan pelepasan peserta diadakan.

Dengan adanya program seperti ini, selain pelbagai aktiviti gotong-royong dapat dilaksanakan bersama, hubungan silaturrahim di antara warga kerja MBJB serta para pegawai Maybank juga dapat dieratkan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Maybank CSR

Maybank CSR

 Maybank CSR