Program Penanaman Pokok Lada Hitam, Gambir & Gutta Percha di Pusat Bandar Johor Bahru

Ahad, 6 Oktober 2024 | MBJB menerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Rekreasi LA21 MBJB telah mengadakan Program Pokok Lada Hitam, Gambir dan Gutta Percha di Pusat Bandar Johor Bahru pagi ini.

Program penanaman pokok ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, bersama-sama YB Dato' Haji Mohd. Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Y.Bhg. Dato' A. Aziz bin Ahmad, Ketua Whip MBJB, Y.Bhg. Datuk Wira Sheikh Ahmad Nafiq AlFirdaous, Ahli Majlis Zon Bandar merangkap Pengerusi JK Pelancongan dan Rekreasi LA21 MBJB, Ir. Hajah Nazatul Shima Mohamad, Timbalan Setiausaha MBJB, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai MBJB dan PBT The Greater JB, serta komuniti Zon Bandar Johor Bahru.

Penanaman pokok Lada Hitam, Gambir, dan Gutta Percha ini adalah simbolik kepada warisan pertanian yang menjadi asas kepada kemajuan awal bandar raya dan negeri tercinta kita ini.

3 jenis tanaman ini merupakan tanaman komoditi dan produk ekonomi terawal yang membawa nama negeri Johor di peta dunia

Dalam arus pembangunan yang pesat, amat penting untuk menghargai warisan dan identiti asal kita. Melalui inisiatif ini, kita dapat memperkenalkan kepada para pelancong satu sudut pandang yang berbeza terhadap Johor Bahru – bukan hanya sebagai sebuah bandar raya moden dan dinamik, tetapi juga sebuah bandar yang kaya dengan sejarah, warisan dan budaya.
 

Program Penanaman Pokok

Program Penanaman Pokok

Program Penanaman Pokok