MBJB telah menerima Anugerah Penarafan Bandar Pintar Tahap 2 : Developing Smart City sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Tahun 2024 Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Hotel Everly, Putrajaya.
Anugerah ini telah disampaikan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Penarafan Bandar Pintar Tahap 2: 'Developing Smart City' ini dinilai berdasarkan pelaksanaan 35 indikator bandar pintar dalam Malaysia Standard MS ISO 37122 : 2019.
Dengan penganugerahan ini ianya menjadikan MBJB antara PBT utama dalam pelaksanaan inisiatif bandar pintar di Malaysia. Ia juga menjadi pencetus semangat kepasa MBJB untuk terus berusaha melaksanakan pelbagai inisiatif bandar pintar bagi menyediakan perkhidmatan terbaik kepada warga bandaraya Johor Bahru.