Isnin, 4 November 2024 | Sesi lawatan dan Kajian Akademik Pelan Pengurusan Taman UITM Shah Alam ke Hutan Bandar Johor Bahru.
Delegasi lawatan yang diketuai oleh Gs. Ts. Dr. Rabiatul Adawiyah Nasir, Pensyarah Kanan Bidang Pengurusan Taman dan Ameniti UITM Shah Alam bersama-sama 74 orang pelajar Kolej Pengajian Alam Bina UITM Shah Alam telah hadir ke Kubus Lestari, TMIYC bagi menerima taklimat berkenaan kemampanan penggunaan taman dan pemeliharaan alam sekitar bagi penyediaan dokumen Pelan Pengurusan Taman.
Para pelajar telah diberikan pendedahan mengenai Hutan Bandar Johor Bahru serta penubuhan TMIYC oleh Puan LAr. Mustika Ally binti Zulkifli, Pengarah Landskap MBJB bersama barisan pegawai dari Jabatan Landskap.