Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bersama Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) dan KPRJ Sports akan menganjurkan satu acara larian iaitu Program Johor Run X JB Neon Run Sempena Sambutan 30 Tahun Majlis Bandaraya Johor Bahru. Bagi memastikan kelancaran dan keselamatan peserta sepanjang program, pihak MBJB bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menutup sementara beberapa jalan utama yang terlibat pada:
TARIKH : 22 NOVEMBER 2024 (JUMAAT)
MASA : 6.00 PETANG HINGGA 12.00 TENGAH MALAM
Laluan terlibat:
Jalan Thompson - Susur masuk ke Dataran Bandaraya (Jalan Lingkaran Dalam) -
Susur masuk Jalan Gertak Merah (Zoo Johor) - Jalan Gertak Merah menuju ke
Zoo/Masjid/MARSAH - Jalan Sri Lanang (dari lampu isyarat menuju ke SK St Joseph - Jalan Dato Onn (Mahkamah/MBJB/Pejabat Pos - Jalan Bukit Timbalan - Simpang tiga Jalan Abdul Rahman Andak – Jalan Ulu Ayer Molek (kubur cina) menuju ke lampu isyarat Hutan Bandar - Susur masuk Jalan Tun Abdul Razak (Susur 4) ke Jalan Yahya Awal (Court Mammoth) - Susur masuk Jalan Datin Halimah ke Jalan
Tasek Utara (RTM) - Jalan Wirawan - Jalan Tarom - Jalan Mahmodiah (menghala ke perkuburan) - Jalan Dato Menteri
Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif dan memandu dengan berhati-hati serta mengikut arahan petugas kawalan lalulintas sepanjang program berlangsung.
Mohon kerjasama daripada tuan/puan untuk bersama-sama menghidupkan lampu di premis/rumah masing-masing dan bersorak tanda sokongan kepada peserta larian sekaligus memeriahkan acara ini yang julung-julung kali dianjurkan. Pihak MBJB mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan perhatian kepada
semua Warga Bandaraya Johor Bahru yang terlibat.
Segala kesulitan amat dikesali.
Untuk maklumat lanjut berkaitan laluan larian, sila layari laman Facebook JOHOR RUN .